About

Objektif

  1. Melahirkan pelajar yang lancar membaca dan menghafaz al-Quran , beramal dengan al-Quran serta menjadikan al-Quran sebagai aspek penting dalam kehidupan pelajar.
  2. Melahirkan pelajar berakhlaq mulia dan memuliakan ibu-bapanya, guru-gurunya , keluarganya menghormati orang lebih tua daripadanya serta menyanyangi orang lebih muda daripadanya.
  3. Melahirkan pelajar yang mempunyai asas pengetahui fardhu ain yang kuat

Sejarah Penubuhan

Madrasah Darul Falah ialah sebuah sekolah rendah agama rakyat yang ditubuhkan pada tahun 2015 dengan tujuan memberi pendidikan agama islam yang syumul kepada masyarakat.

Madrasah ini mula beroperasi pada 03 Januari 2016 di atas sebidang tanah yang telah diinfaqkan oleh penderma beserta bangunan yang sedia ada yang diubahsuai menjadi kelas, pejabat dan dewan makan kantin.

Madrasah diasaskan oleh YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Saudara Yusri Yunus. Madrasah ini terletak di Kg. Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu.

Perkembangan Semasa

Untuk makluman, Madrasah Darul Falah sekarang mempunyai dua buah bangunan kelas, sebuah kantin dan dewan makan, sebuah bangunan untuk pejabat dan bilik darjah, sebuah dewan solat dan sebuah bangunan lama yang perlu dinaik taraf dan diselenggara untuk persediaan kelas baru bagi tahun hadapan. Madrasah ini mempunyai seramai 185 orang murid, 16 orang guru serta 6 orang kakitangan sokongan.

Tujuan sumbangan ialah untuk tujuan pembinaan bangunan baru untuk memberikan keselesaan kepada guru-guru dan para pelajar, menampung kos makan dan minum, imbuhan guru-guru, pengurusan tahfiz, bil utiliti dan pasarana serta pembelian sebuah kenderaan untuk kemudahan pengankutan pelajar.

Marilah menyumbang pada dana pembinaan & pembangunan Madrasah Darul Falah

Kami memerlukan sumbangan anda