Madrasah Darul Falah ialah sebuah sekolah rendah agama rakyat yang ditubuhkan pada tahun 2015 dengan tujuan memberi pendidikan agama islam yang syumul kepada masyarakat. Madrasah ini mula beroperasi pada 03 Januari 2016 di atas sebidang tanah yang telah diinfaqkan oleh penderma beserta bangunan yang sedia ada yang diubahsuai menjadi kelas, pejabat dan dewan makan /kantin.

Madrasah Darul Falah diasaskan oleh YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Saudara Yusri Yunus. Madrasah ini terletak di Kg. Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu.

Pihak MADRASAH DARUL FALAH amat memerlukan sumbangan anda.

Bagaimana Sumbangan Digunakan?

Dalam usaha ke arah itu, kami sedang berusaha keras untuk mengumpul dana bagi melakukan kerja-kerja pembangunan dan pengurusan madrasah ini.

Kami ingin menyegerakan proses pembinaan bangunan baru 3 tingkat di atas tanah seluas 2 ekar bagi menampung kapisiti pelajar yang semakin meningkat. Keadaan bangunan sedia ada yang sudah uzur dan tidak selesa.

Perinciannya adalah seperti berikut

  • Pembinaan Bangunan Baru – Bangunan meliputi bilik darjah, bilik guru, pejabat dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pendidikan.
  • Pengurusan – Servis penyelenggaraan dan pengurusan bagi melancarkan proses pendidikan dan kecemerlangan pelajar.
  • Perabot & Peralatan – Kos pembelian alat bantu mengajar seperti kitab, rehal, meja, kerusi, air cond dan sebagainya.
  • Utiliti – Kos utiliti seperti bil elektrik dan bil air setiap bulan.
  • Van Pelajar – Pembelian sebuah van baru untuk memudahkan pengangkutan para pelajar.

Berapa Dana Diperlukan?

Pihak MADRASAH DARUL FALAH pada masa ini berada di FASA 1 untuk Pembinaan Bangunan Baharu yang meliputi bilik darjah, bilik guru, pejabat dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pendidikan. InsyaAllah.

Dana yang diperlukan ialah RM1.7 JUTA.

Bagaimana Saya Boleh Menyumbang?

Untuk Infaq/Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :

𝗡𝗮𝗺𝗮 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻: MADRASAH DARUL FALAH
𝗕𝗮𝗻𝗸 : MAYBANK ISLAMIC
𝗔𝗰𝗰𝗼𝘂𝗻𝘁 𝗡𝗼 : 563064161841

Letakkan reference “INFAQ” untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.

Untuk menyumbang secara online, mohon klik butang di bawah


 Firman Allah SWT maksudnya : “Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan   tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas   (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui” – Surah Al Baqarah : 261 

NOTA

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2.. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.

3. Untuk info lanjut, boleh hubungi Ustaz Mohd Faizan di talian +60129640864