Pembinaan Bangunan Baharu
Pembinaan bangunan 3 tingkat meliputi bilik darjah, bilik guru dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pendidikan.
Perabot & Peralatan
Kos pembelian alat bantu mengajar seperti kitab, rehal, meja, kerusi, air cond dan sebagainya
Makanan & Minuman
Perbelanjaan makanan dan minuman berkhasiat untuk para pelajar.
Van Pelajar
Pembelian sebuah van baru untuk memudahkan pengangkutan para pelajar.
Utiliti
Kos utiliti seperti bil elektrik dan bil air setiap bulan.
Pengurusan
Servis penyelenggaraan dan pengurusan bagi melancarkan proses pendidikan dan kecemerlangan pelajar.
Sasaran dana ialah RM1.7 juta.
Marilah Bersama Menyumbang Pada Dana Madrasah Darul Falah
Tonton video penerangan dari Tuan Ustaz Ust Muhammad Fahimi bin Mustafar, tenaga pengajar di Madrasah Darul Falah
Menggilap Jeel Rabbani Unggul
Objektif Madrasah Darul Falah ditubuhkan ialah untuk memberikan pendidikan asas Al Quran dan fardhu ain dan seterusnya melahirkan pelajar yang berilmu, beriman dan beramal di negeri Terengganu khasnya dan di Malaysia amnya. Bermula dengan hanya sebuah kelas kecil pada tahun 2016, Madrasah Darul Falah terus mengorak langkah bersama-sama peredaran masa dalam terus memperjuangkan dan memperkasakan generasi Al-Quran.
Dana Pembangunan Madrasah Darul Falah
Kami ingin menyegerakan proses pembinaan bangunan baru 3 tingkat di atas tanah seluas 2 ekar bagi menampung kapisiti pelajar yang semakin meningkat. Keadaan bangunan sedia ada yang sudah uzur dan tidak selesa. Sumbangan anda walaupun kecil ia sungguh besar dan bermakna kepada kami! InsyaAllah
Sumbangan Online Memudahkan Urusan
Kami menyediakan kemudahan untuk membuat sumbangan secara sekali sahaja(one time off) atau secara bulanan menggunakan kad debit/kad kredit, Apple Pay, Google Pay dan GrabPay.
Ayuh. Marilah kita menyumbang sekarang!
Berita & Post Terbaharu
Surah Al-Fatihah – Dialog Hamba Dengan Penciptanya
Ustaz nak berkongsi pasal surah Al-Fatihah – dialog hamba dengan penciptanya. InsyaAllah. Membaca surah Al-Fatihah merupakan…
Besar Tanggungjawab Seorang Ayah
Ustaz nak berkongsi pasal besar tanggungjawab seorang ayah. InsyaAllah. al-Imam Ibn al-Qayyim menegaskan, seorang ayah yang…
MOHON AMPUN WALAU DOSA MENCECAH LANGIT
Ustaz nak berkongsi pasal mohon ampun walau dosa mencecah langit. InsyaAllah. Saidina Anas bin Malik RA…