
![]() |
| 2. Manakala, apabila Allah menceritakan tentang golongan mujrimin (golongan yang bersalah) pula, Allah turut menyentuh tentang solat. Firman Allah: عَنِ الْمُجْرِمِينَ (41) مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ (42) قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ (43) “Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah [41] (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?” [42] Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang [43]. (Surah al-Mudaththir: 41-43) |
![]() |
| 3. Kedua-dua petikan ayat al-Quran ini menunjukkan bagaimana solat memainkan peranan dalam kehidupan seorang muslim. Seseorang akan dikategorikan sebagai golongan yang hebat andai mereka menjaga solat. Namun sekiranya kita meninggalkan solat, kita akan ditempatkan di neraka. Semoga Allah membimbing kita. |



