Allah Mencintai Sifat Lemah Lembu🙏

Ustaz nak berkongsi mengenai hadis Allah mencintai sifat lemah lembut. Ayuh bersama!

 عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ رَفِيقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ وَيُعْطِي عَلَى الرِّفْقِ مَا لَا يُعْطِي عَلَى الْعُنْفِ وَمَا لَا يُعْطِي عَلَى مَا سِوَاهُ

Daripada Aisyah Radhiyallahu ‘anha isteri Nabi ﷺ bahawa Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut. Dia mencintai sikap lemah lembut. Allah akan memberikan pada sikap lemah lembut sesuatu yang tidak Dia berikan pada sikap yang keras dan juga akan memberikan apa-apa yang tidak diberikan pada sikap lainnya.”(Sahih Muslim No: 4697) Status: Hadis Sahih 
Sumbang Sekarang
Pengajaran dari hadis ini ialahAllah Maha Lembut kepada hamba-Nya.Allah mencintai orang yang memiliki sikap lemah lembut sama ada dalam pertuturan, penulisan juga perbuatan.Sifat berlemah lembut dan santun akan melahirkan kasih sayangAllah tidak akan memberi sikap berlemah lembut kepada orang yang memiliki sikap keras.Sikap keras dan kasar akan menyebabkan orang menjauh dari kebenaran. Dalam berdakwah, Allah tetap memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun agar menasihati Firaun dengan lemah lembut. Allah Ta’ala berfirman,فَقُولَا لَهُۥ قَوۡلٗا لَّيِّنٗا“Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut.”(Thaha: 44)
Setiap kita perlu bersifat lemah lembut dengan orang lain sama ada dalam pertuturan, penulisan mahupun perbuatan. Berusaha menghindari sifat keras atau kasar dalam setiap tindak laku kita. Semoga Allah membimbing kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *