Lembutkan Hati Dengan Zikir

Ustaz nak berkongsi mengenai lembutkan hati dengan zikir. Ayuh bersama!

Seorang lelaki telah datang bertemu al-Hasan al-Basri dan bertanyakan kepadanya tentang bagaimana untuk melembutkan hati yang leka. Lalu al-Hasan al-Basri berpesan:

“Lembutkan hatimu dengan perbanyakkan zikir mengingati Allah.”

Tidak diragui lagi bahawa hubungan yang berterusan serta ingatan yang tidak putus terhadap Allah, adalah antara perkara yang tidak sepatutnya berpisah dari seorang muslim terutamanya pendakwah. Dengan itu maka Allah telah memerintahkan Rasul-Nya dalam surah al-Muzzammil agar sentiasa mengingatinya serta menumpukan zikir dan ibadat bagi-Nya.

Firman Allah (maksudnya): “dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhan mu (terus menerus malam dan siang), serta tumpukanlah amal (ibadat mu) kepada-Nya dengan sebulat-bulat tumpuan”

Dalam ayat ini Allah memerintahkan Rasul-Nya agar sentiasa berzikir kepada Nya pada waktu malam dan siang, dengan dirinya sendiri atau dengan orang ramai,
serta mengingatkan supaya janganlah ia terhalang dari sentiasa mengingati Allah oleh urusan yang berpanjangan di siang hari bersama orang ramai.

Semoga Allah membimbing kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *