Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the give-pdf-receipts domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/darultah/madrasahdarulfalah.org/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the give-currency-switcher domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/darultah/madrasahdarulfalah.org/wp-includes/functions.php on line 6121
MOHON AMPUN WALAU DOSA MENCECAH LANGIT – Madrasah Darul Falah

MOHON AMPUN WALAU DOSA MENCECAH LANGIT

Ustaz nak berkongsi pasal mohon ampun walau dosa mencecah langit. InsyaAllah. Saidina Anas bin Malik RA meriwayatkan: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah berfirman:
يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلاَ أُبَالِي
“Wahai anak Adam, selagi mana kamu berdoa dan berharap kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunkan semua dosamu dan Aku tidak kisah pun. 

يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، وَلاَ أُبَالِي

Wahai anak Adam, kalaulah dosamu banyak sehingga mencecah langit sekalipun, lalu kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunkan dosamu dan Aku tidak kisah pun. 

يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لاَ تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

Wahai anak Adam, jika kamu datang kepada-Ku membawa dosa sepenuh bumi ini, lalu kamu datang berjumpa-Ku dalam keadaan tidak mensyirikkan-Ku dengan sesuatu pun, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan seisi penuh bumi ini.(Hadis Riwayat al-Tirmizi, no. 3540)
 
Pengajaran untuk kita 

1) Allah sentiasa menyeru hamba-Nya untuk kembali kepada-Nya. Kesediaan dan kesedaran hamba Allah amat penting untuk dia kembali memohon keampunan kepada Allah.

2) Sekalipun dosa hamba itu besar dan banyak, keampunan Allah itu lebih besar dan banyak. Akan tetapi bukanlah ini menjadi sebab menangguh-nangguhkan taubat dan melakukan dosa.

3) Dosa syirik tidak akan mendapat keampunan Allah sehinggalah dia kembali mengucap kalimah syahadah dan bertaubat.

4) Jangan putus asa daripada rahmat Allah kerana pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya selagi masanya ada.
Semoga Allah kasihan kepada kita dan mengampunkan segala dosa-dosa kita. Semoga Allah membimbing kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *