Mohon Perlindungan Daripada 4 Perkara Ini Dalam Tahiyat Akhir

Ustaz nak berkongsi pasal mohon perlindungan daripada 4 perkara Ini dalam tahiyat akhir. InsyaAllah. Doa ialah ibadah ringkas dan mudah yang boleh dilakukan pada banyak keadaan dan waktu. Doa yang paling baik ialah doa yang disebut dan diajar sendiri oleh baginda Rasulullah SAW. Dan ada juga doa yang boleh dibaca dalam solat.Eh doa mana pula tu?

Bukankah solat sudah berisi bacaan-bacaan yang khusus?Sebenarnya ada doa yang boleh dibaca dalam solat, khususnya semasa tasyahud atau tahiyat akhir dan sebelum salam. 
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda,

“*Apabila salah seorang di antara kalian bertasyahud, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat perkara dengan mengucapkan;**

(Allahumma inni a’udzu bika min ‘adzaabi jahannam, wa min ‘adzabil qobri, wa min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal)* *

(Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari seksa neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari kejahatan fitnah Al-Masih Ad-Dajjal).*” (HR. Muslim, no.588)Mari perhatikan empat perkara yang disebut dalam hadis di atas: 

#1- Azab Neraka JahannamNeraka jahannam adalah tempat pembalasan buat segala kesalahan dan dosa di dunia. Ada yang berpandangan, tak mengapalah masuk neraka dahulu, kerana orang Islam akan dikeluarkan dan masuk pula ke syurga selepas itu.“Tak mengapa” kita ini ringan diucapkan ketika di dunia, namun sangat berat di akhirat kelak. Tidak ada sesiapa yang mahu masuk ke neraka dek beratnya azab yang disediakan, bahkan yang diazab di dalam juga ingin keluar melarikan diri.

*“Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: “Rasalah kamu azab seksa yang membakar!”* (Surah Al-Haj, 22:22) #2- Seksa Kubur#

**النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا***

Maksud: Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh);* (Surah Al-Ghafir, 40:46)

Ayat di atas menerangkan bahawa azab atau seksa kubur sememangnya berlaku. Walaupun kiamat belum terjadi dan pembalasan belum berjalan, namun kerana kekufuran semasa di dunia, Firaun dan pengikutnya sudah didedahkan dengan bahang api neraka. 

#3- Fitnah Kehidupan & KematianAda ulama yang menerangkan bahawa fitnah hidup ialah cubaan ketika hidup dan fitnah mati pula ialah pertanyaan di alam kubur. (Penjelasan daripada hadis nombor 983 dari Sunan Abi Daud dalam ‘Aun Al-Ma’bud – seperti yang dipetik dari penerangan Ustaz Muhammad Abduh Tuasikal Rumaysho.com)

Rasulullah SAW bersabda :# **إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ فِتْنَةً وَإِنَّ فِتْنَةَ أُمَّتِي الْمَالُ*
*Sesungguhnya masing-masing umat itu ada fitnahnya dan fitnah bagi umatku adalah harta. (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Ibni Hibban dalam sahihnya) 
Dalam satu kisah diceritakan bahawa Nabi SAW dan para sahabat keluar menghantar jenazah seorang lelaki daripada golongan Ansar. Di tanah perkuburan itu baginda duduk dan berpesan agar sentiasa berdoa memohon perlindungan daripada Allah daripada azab kubur. 
4- Fitnah Dajjal

Akhir sekali ialah doa supaya dilindungi daripada fitnah atau ujian Dajjal. Seperti yang disebutkan dalam banyak hadis, kelak dajjal akan membawakan banyak bentuk-bentuk penipuan untuk mengelirukan dan menyesatkan manusia. Dajjal akan menjadikan sesuatu terlihat indah dan benar pada mata manusia sedangkan ia hakikatnya salah.Demikian empat perkara yang ditekankan oleh Rasulullah SAW dalam doa tahiyat akhir. Ia boleh dibaca selepas membaca tahiyat dan sebelum memberikan salam. Semoga dengan amalan ini, moga-moga kita mendapat perlindungan yang menyeluruh oleh Allah SWT.  

Semoga Allah membimbing kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *